Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) dengan dukacitanya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Almarhumah Dr. Azlin Alwi yang merupakan mantan Setiausaha Kehormat PSIMA (2017-2019).ย
Almarhumah telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2021.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.